Norwex percaya bahawa setiap rumah harus menjadi tempat perlindungan yang selamat. Itulah sebabnya kami terus berusaha untuk menawarkan kepada anda produk pencuci rumah dan penjagaan diri yang paling berkesan di samping mengurangkan penggunaan bahan kimia di rumah anda secara radikal.
Norwex Timeless Natural Hand Cleaner dan Norwex Timeless Relaxation Rescue Gel telah diperakui oleh dua agensi pensijilan terkenal, EcoGruppo dan NaTrue.
EcoGruppo, sebuah badan pensijilan Itali, memastikan bahawa produk diformulasikan dengan bahan mentah yang sangat asli, terutamanya daripada pertanian organik. EcoGruppo membantu memastikan pengeluaran yang ekolestari dalam industri pertanian, pembuatan, pemprosesan dan perkhidmatan untuk menjamin ketiadaan GMO dan radiasi pengion, serta racun perosak dan bahan sintetik. EcoGruppo memastikan bahawa semua bahan dan proses pembuatannya memenuhi keperluan pensijilan organiknya.
NaTrue adalah organisasi bukan untung antarabangsa yang mempromosikan pertanian organik dan bertindak melindungi biodiversiti. Pensijilan NaTrue bermaksud produk mempunyai ciri-ciri berikut:
BDIH adalah organisasi antarabangsa yang memastikan produk bebas dari:
Norwex Body Lotion, Shower Gel dan Hand Cream telah diperakui olrh NaTrue dan BDIH.