MISI UNTUK MEMBUAT PERBEZAAN

Salam Sayang dari Norway

Diasaskan 27 tahun lalu di negara yang paling mesra alam, Norwex® telah berkongsi “Pengalaman Norway” dengan jutaan penduduk di seluruh dunia untuk menyediakan penyelesaian pembersihan dan penjagaan peribadi yang lebih selamat dan sihat.
MISI GLOBAL KAMI
Meningkatkan kualiti kehidupan dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia di rumah anda.

Prestasi Berteras Nilai Murni

Di Norwex, kami percaya bahawa tanggungjawab kami adalah bukan sekadar mencipta produk yang lebih selamat dan sihat untuk anda dan keluarga anda. Berpandukan Nilai teras kami iaitu Integriti, Kepercayaan dan Hormat-menghormati, kami juga komited untuk mencipta masa depan yang lebih baik dengan bersama-sama menjaga komuniti kita dan memelihara bumi yang kita sayangi.

Impak Global Kami

Norwex bermula di Norway pada tahun 1994 dan membuka operasi di Amerika Utara dengan Kanada pada tahun 1999. Dengan peningkatan permintaan untuk produk kami di seluruh dunia, kami terus berkembang ke 22 buah negara — menyebarkan Misi kami ke empat buah benua!

crossmenu linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram